Parti Politik Perlu Buang Sikap Negatif:Tsu Koon

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad menasihati parti politik supaya "mengotakan apa yang dikata" dan tidak mengamalkan politik negatif seperti tidak sudah-sudah ingin menjatuhkan pesaing.

"Kita perlu kembali kepada amalan politik yang positif dan sihat. Politik yang penuh dengan sopan santun, bukan politik yang penuh dengan kekasaran," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan tahunan perhubungan Gerakan peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Beliau berkata sekiranya ada pihak menganggap kerajaan persekutuan tidak bertindak dengan betul, mereka boleh mengkritik dengan mengemukakan fakta dan angka yang tepat serta cadangan ke arah memperbetulkannya.

"Sekiranya pakatan pembangkang pula membuat kesilapan di empat negeri yang mereka kuasai (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan), kritiklah mereka. Tapi, kedua-dua pihak perlu sanggup menerima kritikan dan tidak bersikap melampau dalam tindakan masing-masing," katanya.

Beliau berkata amalan politik negatif, seperti gemar mencantas pesaing, telah menjadi budaya selepas Pilihan Raya Umum 2008 hingga mencetuskan beberapa reaksi melampau serta perselisihan faham dalam kalangan rakyat negara ini.

"Ada banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kita perlu beri tumpuan terhadap ekonomi, keselamatan dan alam sekitar, tapi kita tetap bertelagah tentang siapa yang buat dulu dan siapa yang buat kemudian.

"Kalau kita tidak pastikan ekonomi, masyarakat dan kerajaan kita berada dalam keadaan tersusun, siapakah yang akan menderita? Orang ramailah (yang akan menderita)," kata Koh.

Beliau berkata Gerakan tidak wajar mengamalkan budaya politik demikian dan menyeru anggotanya supaya sentiasa mengamalkan politik positif serta mengelak daripada bergaduh sesama sendiri dan mengutuk orang lain.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Koh berkata cadangan Pemuda Gerakan agar Barisan Nasional (BN) menukar logonya telah dibincangkan di peringkat parti gabungan itu.

"Penjenamaan semula bukan bererti menukar logo, tapi mengubah sikap dan pendekatan. Contohnya slogan "Rakyat Didahulukan". Bagaimanakah BN boleh bertindak dengan lebih berkesan untuk membuat rakyat berasa "Rakyat Didahulukan?" Bukan politik didahulukan, parti didahulukan atau kepentingan diri didahulukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan