Agong Berbuka Puasa Bersama Kerabat, Sahabat Dan Anak Yatim

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku  Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kepada anak yatim yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama baginda dan kerabat diraja, sahabat serta 100 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Kifayah dan Rumah Anak Yatim Darul Taqwa di Istana Negara di sini, malam ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali (dua kiri). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama kerabat, sahabat dan anak-anak yatim di Istana Negara, di sini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan putera sulung baginda yang juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail turut berangkat ke majlis itu.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada kerabat dan sahabat baginda.

Antaranya ialah ayahanda saudara baginda, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, adinda baginda iaitu Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel, Tengku Sri Temenggong Tengku Baharuddin dan Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Sebelum itu, Seri Paduka berdua menyampaikan sumbangan kepada 100 penghuni Rumah Anak-anak Yatim Darul Taqwa (ASDAT) dan Darul Kifayah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan