Usaha Daftar Pengundi Baru Fokus Utama MCA

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA telah mengenal pasti hampir 200,000 anggotanya di pelbagai peringkat yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sehubungan itu, tumpuan MCA kini adalah untuk mendaftarkan anggotanya yang layak mengundi sebagai pemilih, sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Bagi memastikan usaha tersebut dilaksanakan sepenuhnya, beberapa anggota jawatankuasa pusat parti telah dilantik untuk memantau proses pendaftaran pengundi di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin bahagian MCA di sini, Ahad.

Beliau berkata sebelum ini, usaha menarik lebih ramai pengundi kaum Cina kurang diberi perhatian serius oleh pemimpin parti di peringkat bahagian.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lepas menunjukkan bahawa Umno mendaftarkan jumlah pengundi baru paling ramai iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Ketika ini, terdapat kira-kira empat juta golongan muda yang telah mencecah usia 21 tahun, masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi di negara ini.

Malaysia kini mempunyai 11 juta pemilih berdaftar daripada kira-kira 27 juta populasi.

Dalam perkembangan lain, Dr Chua berkata MCA akan mengadakan latihan dalaman untuk anggotanya bagi meningkatkan moral serta semangat juang mereka.

"Tujuannya supaya ahli-ahli mempunyai semangat setiakawan dan semangat satu pasukan dan cintakan parti," katanya.

Beliau berkata latihan itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di setiap bahagian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan