Tiga Model Baru Volkswagen Dijangka Dikeluar Kilang DRB-Hicom Pekan

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Tiga model baru kenderaan Volkswagen dijangka akan dikeluarkan di kilang DRB-Hicom di sini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan daerah itu sebagai hub automotif rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemasangan kenderaan komponen terurai (CKD) jenama terkenal Jerman itu dijangka dikeluarkan pada akhir suku pertama tahun depan.

Beliau berkata usahasama itu dipersetujui ekoran pertemuannya dengan pihak Volkswagen semasa percutiannya baru-baru ini.

"Saya sentiasa memantau perkembangan DRB-Hicom dan ketika percutian saya, saya ambil kesempatan berjumpa pihak Volkswagen dan bertanya sama ada mereka akan teruskan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan DRB-Hicom.

"Rupanya mereka meminta isyarat daripada saya sama ada mereka boleh tandatangan (perjanjian) dengan DRB-Hicom ataupun tidak," katanya ketika berucap pada majlis mesra ramadan bersama warga DRB-Hicom di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan DRB-Hicom Berhad Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Semalam, DRB-Hicom dan Volkswagen menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan dan pengeluaran kenderaan-kenderaan Volkswagen di Malaysia.

Najib berkata Volkswagen turut memohon beberapa insentif daripada kerajaan Malaysia bagi menjadikan kilang pengeluaran di kilang DRB-Hicom sebagai pengkalan eksport kenderaannya di negara Asean.

"Perkara ini perlu diperhalusi dan menunggu pertimbangan kerajaan," katanya.

Katanya usahasama itu juga akan menjayakan sebahagian daripada perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) berdasarkan pembangunan berterusan sektor automotif.

Sehubungan itu, Najib berkata pihak pengurusan dan pekerja DRB-Hicom perlu melakukan transformasi dalam meletakkan imej syarikat itu pada tahap tertinggi sekaligus mewujudkan keyakinan kepada syarikat pengeluar kenderaan asing, termasuk yang sudah menjalinkan kerjasama dengan kumpulan DRB-Hicom ketika ini seperti Suzuki dan Mercedes-Benz.

"Komitemen yang total dari semua pihak merupakan ramuan untuk menjamin kejayaan secara berterusan," katanya.

Perdana Menteri kemudian bersama lebih 100 penduduk menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Batu 8 di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan