Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Bagi Kaum India Tangani 1,000 Kes

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan keputusan Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India telah menangani 1,000 kes membabitkan pelbagai masalah sosial yang dihadapi komuniti itu.

Di bawah "Program Mesra Rakyat 1Malaysia", pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkumpul di Dewan Harmoni Simpang Tiga di Ijok, Kuala Selangor, Ahad mulai 1 tengah hari bagi menyelesaikan masalah komuniti India termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan, bantuan kebajikan dan kemiskinan, pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, pinjaman perniagaan kecil serta bantuan guaman.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata sesiapa sahaja yang mengetuai pasukan itu sentiasa bersedia menerima aduan dan menangani masalah kaum India.

"Kami menganggap program pertama ini berjaya dan destinasi seterusnya ialah di Perak dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program sehari itu.

Dr Subramaniam berkata program tersebut, yang merupakan pusat setempat bergerak bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat India, akan dibawa ke seluruh negara dengan melibatkan lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau berkata semua kes yang dikemukakan hari ini akan dikumpulkan dan diselesaikan sebaik mungkin dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kami akan menghubungi mereka yang membawa kes kepada perhatian kami dan menyelesaikannya satu demi satu," katanya sambil menyuarakan kehairanan terhadap kes sijil kelahiran tidak dikeluarkan kepada individu walaupun selepas dia berusia 18 tahun.

"Menerusi program ini, kita mampu mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan sewajarnya. Sesetengah masalah memerlukan siasatan rapi dan maklumat lanjut," katanya.

Katanya, program anjuran bersama bahagian MIC Kuala Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan itu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan itu dibentuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India.

Ia akan memantau dan memperkukuh program penyampaian dan pelaksanaan bagi memperbaiki akses di kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan sektor awam seperti pembasmian kemiskinan, rumah mampu milik dan program pendidikan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan