Hanya Bank Negara Keluarkan Wang Yang Diiktiraf:Najib

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.

"Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, Sabtu.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: "Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini.

"Kita biar Bank Negara buat kenyataan," kata Najib.

Mengikut laporan akhbar hari ini, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan