EIA Cadangan Projek Tebingan Dataran Bandar Sibu Fasa 2 Diluluskan

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak meluluskan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) bagi cadangan projek tebingan Dataran Bandar Sibu Fasa 2.

Projek melibatkan kos berjuta-juta Ringgit itu kini menjadi kontroversi selepas beberapa pihak mendakwa dalam akhbar tempatan bahawa ia dapat memburukkan masalah banjir di bandar ini.

Pada masa sama, lima syarikat pengangkutan di tebing sungai dan pembinaan kapal pula menyuarakan kebimbangan bahawa projek itu akan mengakibatkan laluan di Sungai Igan menjadi lebih sempit dan cetek serta berbahaya kepada kapal dan kenderaan air yang lain.

Arkitek projek itu, Datuk John KS Lau daripada Kumpulan Design berkata selain laporan EIA, Lembaga Sungai-sungai Sarawak (SRB) yang menyelaras bersama sebarang aktiviti pembangunan di sepanjang sungai di negeri ini, turut memberi kelulusannya.

Selain itu, Jabatan Tanah dan Ukur Sibu meluluskan pelan pembangunan yang akan menjadikan tebingan itu lebih besar dan panjang, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mengenai kebimbangan yang disuarakan oleh kelima-lima persatuan itu, Lau berkata beliau sedia bertemu mereka secara peribadi untuk memberi penjelasan dan bukannya melalui akhbar.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membatalkan pembinaan rumah kelab yang juga restoran terapung yang menganjur keluar ke sungai jika ia benar-benar membahayakan.

Sementara itu, Peter Hii Hung Kai, Pengarah Urusan Full Yard Sdn Bhd, syarikat yang melaksanakan projek itu, menafikan sekeras-kerasnya sindiran dan tuduhan bahawa beliau memperoleh sokongan politik di sebalik projek itu.

Beliau berkata adalah tidak benar bahawa projek itu akan membabitkan penutupan lembangan sungai dan pembinaan bangunan komersial di atasnya.

"Projek saya tiada kena mengena dengan sungai seperti yang didakwa. Pelan saya yang telah diluluskan tidak terlibat dalam apa jua cara sekalipun," katanya.

Hii dijangka melabur kira-kira RM250 juta dalam projek berkenaan, yang turut mengandungi sebuah hotel dan beberapa bangunan komersial.

Beliau berkata penduduk Sibu akan meraih manfaat daripada projek berkenaan memandangkan dataran bandar itu akan menjadi lebih besar iaitu 1.3 hektar setelah kira-kira dua hektar ditebus guna dari sungai.

"Mereka akan mendapat dataran yang lebih besar, panjang dan cantik dilengkapi laluan terus ke sungai dan tidak lagi dipisahkan oleh kelodak yang hanyut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan