Budaya Tulang Belakang Pembentukan Komuniti Asean

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DA NANG (VIETNAM): Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata budaya merupakan tulang belakang pembentukan Komuniti Asean.

Beliau berkata, sehubungan itu, dakwaan yang mengatakan elemen budaya tidak diberikan keutamaan dalam konteks tersebut adalah tidak benar kerana satu daripada tiga tonggak pembentukan Komuniti Asean ialah Komuniti Sosio-Budaya Asean, selain Komuniti Keselamatan Politik Asean serta Komuniti Ekonomi Asean.

"Itu tidak benar oleh kerana dalam Piagam Asean, masyarakat budaya adalah salah satu daripada tiang utama perjuangan Asean," katanya kepada RTM dan Bernama selepas menghadiri jamuan makan malam sambil bekerja Menteri Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC) di sini.

Rais yang tiba di sini hari ini, akan menghadiri mesyuarat keempat majlis tersebut pagi Isnin.

"Jadi tugas kami di Da Nang pada Isnin ialah menegaskan supaya tonggak budaya itu menjadi tulang belakang kepada apa yang diisyaratkan dalam Piagam Asean sendiri," katanya. Beliau berkata dalam membicarakan tonggak Komuniti Sosio-Budaya Asean.

Mungkin beberapa negara lebih cenderung kepada isu berkaitan sumber manusia, wanita, belia dan kanak-kanak, tetapi bagi kementerian, ia lebih menjurus kepada budaya dan pembudayaan program yang mampu dihasilkan.

"Dan satu daripada program asal yang Malaysia telah pupuk adalah untuk mengadakan program-program induk di bandar-bandar di Asean, di mana setahun sekali bergilir mengadakan program dan di dalamnya diisikan kandungan-kandungan amalan budaya yang boleh menjurus kepada cara hidup, muzik, dan juga nyanyian serta gubahan lagu yang memperkaya budaya di Asean sendiri," katanya.

Rais juga berkata apa yang penting ialah mesyuarat ASCC pada masa depan tidak lagi dilihat lebih cenderung membincangkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan budaya.

"Misalnya, Unesco sendiri ialah satu badan berkaitan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, tapi kebanyakan mereka hanya membicarakan tentang topik lain.

"Tapi kami dalam jawatankuasa (ASCC) yang berkaitan dengan komuniti budaya di Asean, tidak akan membenarkan perkara tersebut (berlaku)," katanya.

Rais berkata pengisian program budaya Asean juga mestilah jelas dan Malaysia akan menegaskan dalam mesyuarat esok bahawa ia harus ditentukan sejak awal lagi dan dipersetujui negara Asean lain supaya dapat dipraktikkan.

"Misalnya pertemuan para artis Asean...satu perjumpaan atau forum yang boleh membawa kepada penguatkuasaan personaliti budaya Asean...selain itu, pertukaran- program budaya intraAsean perlu kita buat.

"Kami akan kemukakan pandangan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan