Bazar Ramadan Diharap Dapat Tarik Lebih Ramai Pelancong

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berharap kewujudan bazar Ramadan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia terutama dari Timur Tengah.

Beliau berkata bazar Ramadan merupakan satu program unik yang hanya terdapat di negara ini.

"Kementerian pelancongan menjadikan bulan Ramadan, bazar Ramadan sebagai produk pelancongan untuk dikongsikan dengan seluruh dunia.

"Sebab itu tiap-tiap Ramadan kita terus menjemput pelancong dari luar negara bersama kita. Misalnya petang ini kita ada pelancong dari United Kingdom, Perancis, Iran, Jepun dan India, semua bersama kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bazar Ramadan 2010 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, Sabtu.

Beliau berkata selain menjual pelbagai juadah, bazar Ramadan juga memberi peluang kepada pelancong mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di sini.

Ng berkata kementerian telah merancang beberapa inisiatif agar pelancong dari Timur Tengah yang kebetulan berada di Kuala Lumpur dapat meneruskan ibadah puasa dan menunaikan tuntutan agama tanpa sebarang kesulitan.

Beliau berkata selain bazar Ramadan yang memberi kemudahan kepada mereka untuk berbuka, kementerian dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengundang imam dari negara itu untuk memimpin solat Tarawih di sini.

"Kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan supaya melanjutkan waktu perniagaan di premis-premis terpilih untuk memberi kemudahan bersahur dan membeli barang-barang keperluan," katanya.

Beliau berkata seramai 50,000 pelancong dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran datang ke Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini dengan setiap seorang daripada mereka membelanjakan sekitar RM7,169 selama 10 hari di Malaysia.

Pada majlis itu, Ng menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan makanan kepada 51 penghuni Rumah Sinar Salam yang terletak di Lorong Haji Taib dan Kementerian Pelancongan turut menyumbangkan "bubur lambuk agung Kampung Baru" yang dimasak dalam 100 periuk dan diagihkan kepada 25,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan