Setiap Kes Buang Bayi Perlu Disiasat:Najib

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan kabinet berhubung kes buang bayi di negara ini baru-baru ini, bukanlah bermakna semua kes buang bayi diklasifikasikan sebagi kes pembunuhan.

Beliau berkata pihak polis perlu menyiasat terlebih dahulu setiap kes terbabit sebelum pihak Peguam Negara membuat sebarang ketetapan untuk sabitkan sebagai kes bunuh.

"Keputusan kabinet ianya tidak semestinya setiap kes buang bayi ini adalah kes pembunuhan.

"Kita tetapkan bahawa pihak polis siasat dan polis gunakan teknik moden seperti ujian DNA (ujian asid deoksiribonukleik) untuk kenalpasti mak bapanya.

"Selepas itu tertakluk kepada kes itu, pihak Peguam Negara akan buat ketetapan sama ada ada nak disabitkan kes pembunuhan atau apa-apa lain yang patut kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kabinet berhubung arahan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada semua pihak berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas pesalah terbabit.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pihak yang terbabit kerana melihat kes pembuangan bayi kini semakin serius.

Bagaimanapun Najib berkata dalam menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, ianya perlulah berpaksi kepada pendidikan agama.

"Namun hendak selesai secara tuntas, maka ia mesti berpusat kepada pendidikan supaya golongan remaja faham akan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka lakukan," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Najib berkata umat Islam di negara ini perlu bersyukur kerana dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

"Kita umat Islam di Malaysia begitu bertuah, antara faktor yang boleh kita lihat ialah kita dapat mengawal keadaan, keselamatan dan amal ibadat yang kita lakukan ini tiada batasnya, cuma batas kemampuan diri kita sahaja.

"Tempat ibadat pun banyak dan selesa yang disediakan kerajaan," katanya.

Perdana Menteri berkata umat Islam di Malaysia perlu melihat kekangan yang dihadapi umat Islam di luar negara yang kurang bernasib baik dalam menjalani ibadat puasa dan juga ibadat lain.

"Masyarakat di negara lain ada yang kita lihat keadaaan keselamatan tidak terjamin, mereka ditindas, ditekan, kemiskinan melarat, ataupun berlaku malapetaka yang begitu dahsyat seperti di Pakistan ketika ini misalnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan