Selangor Perlu Tubuh Pasukan Penguatkuasa Khas Tangani Kecurian Pasir

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini berkata kerajaan negeri Selangor perlu menubuhkan pasukan penguatkuasa khas bagi membanteras kecurian pasir jika ia serius ingin menghapuskan kegiatan itu.

Menurut Dr Khir semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu sepasukan 40 penguatkuasa yang dikenali sebagai 'Blue Team' telah ditubuhkan bagi memerangi kegiatan kecurian pasir di Selangor tetapi pasukan itu telah dibubarkan oleh kerajaan negeri sekarang.

Beliau juga menafikan dakwaan Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu bahawa pasukan Blue Team ditubuhkan di zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Besar dan telah dibubarkan apabila beliau menjadi Menteri Besar.

Pembubaran Blue Team ini baru setahun, iaitu di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Beliau mendakwa dengan pembubaran pasukan penguatkuasa ini, maka kurang pemantauan mengenai kegiatan mencuri pasir ini di peringkat bawah kerana anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd hanya menguruskan perniagaan pasir dan tidak mempunyai kuasa untuk membendung kegiatan mencuri pasir.

Dr Khir mendakwa kalau kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan mencuri pasir, ia perlu menubuhkan satu pasukan penguatkuasaan baru yang dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Galian.

Beliau juga berkata kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah perlu digerakkan untuk mengawal selia kawasan lombong pasir sah milik Kumpulan Semesta bagi memastikan tiada pasir yang diangkut keluar dari lombong itu di luar waktu operasi iaitu dari pukul lima pagi hingga tujuh malam atau pukul lapan pagi hingga enam petang.

Dr Khir berkata beliau khuatir jika perlombongan pasir haram atau yang tidak terkawal berleluasa akan mencemarkan sungai dan mempercepatkan krisis bekalan air di Lembah Klang.

Ditanya mengenai pandangan Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Ir Ramli Abdul Majed bahawa lubang bekas lombong boleh digunakan sebagai kolam simpanan air, beliau berkata kajian Kumpulan Darul Ehsan Bhd sebelum ini menyatakan 80 peratus lombong di Selangor airnya tidak boleh diminum kerana dicemari oleh bahan kimia atau arsenik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan