Sebuah Rumah Musnah, Jambatan Runtuh Akibat Banjir Di Baling

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah rumah roboh, manakala sebuah jambatan runtuh, dan banyak keluarga terpaksa dipindahkan akibat banjir yang melanda 50 buah kampung di daerah Baling sejak awal pagi Sabtu.

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan air Sungai Weng melimpah hingga berlaku banjir dan sebuah rumah di Kampung Bukit Sabelah, Siong, roboh akibat dirempuh sebatang pokok balak yang dihanyut arus banjir.

Penghuni rumah berkenaan Suhaimi Ramli, 39, berkata dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan dokumen penting sebelum rumahnya dirobohkan oleh arus banjir yang kuat.

Dia yang tinggal bersama isteri dan seorang anaknya perempuan berusia 11 tahun terselamat kerana cepat meninggalkan rumah beberapa minit sebelum rumah mereka roboh.

Ketika ditemui Bernama, Suhaimi berkata dia bersyukur kerana keluarganya terselamat walaupun rumah yang didiaminya lebih 25 tahun itu roboh akibat dirempuh arus bersama sebatang pokok balak yang hanyut.

Sehingga kini dua pusat pemidahan banjir dibuka untuk mangsa banjir berteduh iaitu Dewan Bongor Batu 48 dan Dewan kampung Banggol Derom.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bayu Azmi Che Hussain yang meninjau keadaan banjir bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling Emelia Sathirah Derahim berkata semua mangsa banjir di daerah ini sedang didaftarkan.

Beliau seterusnya menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan berdekatan Sungai Baling, Sungai Ketil dan Sungai Weng supaya berhati-hati akibat paras air yang semakin meningkat.

Sementara itu jambatan besi di Kampung Banggol Derun runtuh akibat banjir, mengakibatkan 10 keluarga yang mengunakan jambatan itu terputus hubungan.

Mangsa banjir di Kampung Padang Temu, Bongor, Mohd Rodi Ideris, 42, berkata hujan yang turun malam tadi menyebabkan banjir besar melanda kampung itu dengan lebih 30 keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Tinjauan di pusat sukatan banjir di Pam Pulai pula menunjukkan paras air Sungai Baling kini semakin meningkat, melepasi paras bahaya.

Sementara itu di SIK, lebih 200 keluarga yang tinggal di sekitar Sungai Cepir di sini terpaksa berpindah awal pagi ini apabila kawasan rumah mereka dilanda banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja membalak berhampiran dengan kawasan takungan bekalan air masyarakat, dekat dengan Kampung Bendang Man di sini.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Tanjung Star, Kampung Jerai, Kampung Cepir, Kampung Bendul Tebal, Kampung Kemelong, Kampung Masjid dan Kampung Seberang Pekan Sik dan Kampung Bendul Tebal.

Kejadian berlaku akibat hujan lebat sejak pukul 11 malam tadi sehingga awal pagi, yang turut menyebabkan air Sungai Cepir melimpah, dan semua mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda memandangkan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba, semasa kebanyakan penduduk sedang tidur.

Sebuah jambatan di Kampung Bendang Man rosak teruk dan hampir runtuh akibat beberapa batang kayu balak tersangkut di jambatan itu selepas dihanyutkan arus banjir dari kawasan pembalakan tidak jauh dari kawasan berkenaan.

Angggota Dewan Undangan Negeri Belantik, yang juga Penyelaras Parlimen Sik, Mohd Tajuddin Abdullah ketika ditemui berkata banjir yang bercampur lumpur itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembalakan di kawasan berdekatan kawasan takungan air yang digunakan penduduk di kawasan itu.

Katanya lebih 10 batang kayu balak dihanyutkan arus banjir tersangkut di kawasan jambatan Kampung Bendang Man menyebabkan berlaku limpahan air di kawasan itu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sik ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya masih mendaftar mangsa yang berpindah dan yang mengalami kehilangan harta benda.

Sementara itu, penduduk Kampung Bendang Man, Masrul Mohamad, 27, yang tinggal bersama keluarganya seramai lima orang berkata dia nyaris lemas apabila sebaik tersedar dari tidur, dia sudah berada dalam lumpur dan air.

Dalam kejadian itu, tiga buah motosikal milik anggota keluarganya dihanyutkan banjir, dan sebuah kereta turut ditenggelami air.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan