Sahabat Facebook Umno Disaran Bantu Promosi Parti

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sahabat Facebook Umno Malaysia diminta membantu mempromosikan parti itu terutamanya di kalangan generasi muda.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penggunaan laman sosial popular itu mampu menjadi medium bagi menarik minat generasi berkenaan untuk mengenali asas perjuangan Umno dengan lebih dekat.

"Kita minta sahabat facebook bantu Umno untuk memperkenalkan parti ini kepada generasi baru dan asas perjuangan yang kita bawa," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Sahabat Facebook UmnoMalaysia dan anak-anak yatim Darul Kifayah dan Baitul Sakinah di PWTC, di sini pada Jumaat.

Hingga kini ahli Sahabat Facebook Umno adalah seramai 4,513 dan sejumlah 3,088 orang menjadi pengikut kepada sahabat berkenaan.

Selain itu Tengku Adnan berkata, Umno sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran mahupun kritikan daripada pelbagai pihak bagi memperkukuhkan parti itu.

"Kita harap lebih ramai generasi muda untuk jadi ahli akaun facebook ini.

"Kalau ada teguran, pandangan untuk kebaikan Umno... gunalah facebookini untuk nyatakannya, tegurlah kami supaya dapat perbaiki keadaan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan