Ribut Turut Melanda Jerlun, Tiga Buah Rumah Musnah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Ribut beserta hujan lebat melanda kawasan sawah padi di Jerlun petang semalam sehingga merosakkan tiga buah rumah dan memusnahkan berhektar-hektar kawasan padi yang hampir boleh dituai.

Kejadian berlaku di Kampung Kepala 10 kira-kira 5.30 petang.

"Sebahagian bumbung rumah saya diterbang angin. Perkakas elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk dan dapur tidak boleh digunakan lagi kerana semuanya rosak," kata salah seorang mangsa, Zuraini Saad, 28.

Beliau berkata ketika kejadian, beliau dan keluarganya tiada di rumah kerana keluar membeli makanan untuk berbuka puasa.

Menurutnya walaupun ribut pernah melanda kampungnya dua tahun lalu, tetapi kejadian semalam adalah paling buruk dan berlaku pula ketika bulan puasa.

"Akibat ribut ini, kami sekeluarga terpaksa berbuka dalam keadaan serba kekurangan dan bergelap kerana bekalan elektrik turut terputus," tambah Zuraini.

Ibunya, Zainab Ahmad, 61, yang baru membina rumah di sebelah rumah Zuraini turut mengalami nasib yang sama apabila bumbung rumah barunya itu turut diterbangkan angin.

"Rumah makcik dah hampir 80 peratus siap, hanya tinggal nak letak plaster dinding dan simen lantai. Tak sempat makcik nak merasa tinggal di rumah baru, bencana pula menimpa," keluhnya.

Seorang lagi mangsa, Abdul Azizi Awang, 57, bukan sahaja ribut turut memusnahkan rumahnya, tetapi sawahnya turut rosak.

"Rasa sedih sangat kerana kira-kira 20 hari lagi padi saya sudah boleh dituai," katanya. Penghulu Mukim Jeram, Azizi Abdullah berkata pihaknya akan menghantar laporan tentang kejadian itu ke Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

"Buat masa ini saya sampaikan dahulu barang-barang dapur daripada Pejabat Penghulu kepada mangsa-mangsa ribut," katanya.

Bagi sawah yang rosak, pihaknya akan menyerahkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk tindakan susulan kerana sawah yang rosak terletak di bawah seliaan Mada. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan