Pulang Berhari Raya Ikut Saluran Sah:Imigresen

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pendatang tanpa izin, terutama rakyat Indonesia yang ingin pulang berhari raya dinasihat supaya keluar dari negara ini mengikut saluran yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata pendatang berkenaan boleh mendapatkan pengesahan kerakyatan menerusi kedutaan masing-masing dan pihak Imigresen akan melakukan proses dokumentasi untuk mereka pulang setelah dikenakan kompaun.

"Kompaun yang dikenakan antara RM1,000 hingga maksima RM3,000 berdasarkan kesalahan dilakukan dan proses dokumentasi boleh siap dalam tempoh satu hari jika surat pengesahan kedutaan itu didapati sahih," katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, Sabtu.

Beliau berkata adalah lebih baik bagi pendatang tanpa izin untuk pulang berhari raya mengikut pintu keluar yang sah, bukannya keluar mengikut jalan haram seperti menaiki bot menyeberangi Selat Melaka yang boleh mengundang bahaya.

Selain itu, mereka juga menghadapi risiko ditahan pihak berkuasa yang sentiasa menjalankan operasi membanteras pendatang yang cuba keluar dari negara ini secara haram, katanya.

Abdul Rahman berkata dalam tempoh Januari higga Jun tahun ini seramai 7,418 pendatang diusir dari negara ini berbanding 46,187 orang pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan