PM:Peranan Swasta Penting Bagi Malaysia Untuk Menjadi Negara Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sektor swasta memainkan peranan penting di dalam menjana inovasi, kreativiti dan pelaburan yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing global Malaysia serta menyokong matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Transformasi sektor swasta sangat diperlukan kerana ekonomi tidak dapat berkembang tanpa komitmen dan penyertaan positif mereka," katanya semasa menyampaikan ucaptama semasa melancarkan Kongres Ekonomi China di sini, Sabtu.

Kongres, yang bertajuk "Peranan Komuniti China untuk Mencapai Model Baru Ekonomi (MBE) dan Sasaran Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10)", dianjurkan bersama oleh MCA dan Institut Penganalisian Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP).

Najib berkata perniagaan tidak boleh hanya melihat untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek tetapi perlu bersedia untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.

Dalam hubungan ini, katanya sektor swasta perlu berani mengambil risiko dan melabur di dalam industri, produk dan perkhidmatan baharu.

Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta pengambilalihan teknologi perlu disifatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang," katanya.

Perdana Menteri berkata sektor swasta hendaklah juga menghargai modal insan dengan menmyediakan gaji dan upah pada paras yang bertepatan dan memperuntukkan sumber untuk memupuk bakat.

Di bawah MBE, katanya sektor swasta penting melaksanakan pelaburan dan projek yang menyokong Wawasan 2020.

Najib berkata sasaran untuk mencapai pertumbuhan tahunan 6.0 peratus seperti yang ditonjolkan di dalam RMK10 memerlukan daya tolakan bagi meningkatkan pelaburan yang signifikan yang sebahagian besarnya perlu diperolehi daripada sektor swasta yang lebih dinamik.

"Bergerak ke hadapan, kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan. Kita juga memerlukan sektor swasta untuk menstransformasi pemikirannya dan menilai semula kepercayaannya," katanya.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya kedua-dua sektor awam dan swasta perlu bekerja bersama-sama dan menggunakan kesemua komuniti yang pelbagai.

"Kita perlu menggalakkan perkongsian tulin antara komuniti Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui perkongsian yang tulin itu, kita akan mencapai matlamat kita untuk mencapai pengagihan seimbang kekayaan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan