Pakistan Perlu Bantuan Masyarakat Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian rakyat Pakistan yang tinggal di Malaysia tidak ketinggalan menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 di Perkarangan Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur, Sabtu.  Foto BERNAMA
Sebahagian rakyat Pakistan yang tinggal di Malaysia tidak ketinggalan menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 di Perkarangan Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pakistan amat memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat antarabangsa bagi menghadapi kesukaran akibat banjir besar yang melanda negara itu.

Pesuruhjaya Tingginya ke Malaysia Masood Khalid berkata Pakistan kini menghadapi keadaan yang amat teruk berikutan banjir besar dan sebagai sebuah negara membangun, sumber mereka adalah sukar dan terhad.

Katanya kerajaan Pakistan sedang menumpukan usaha bagi membantu mereka yang menjadi mangsa banjir dengan menyediakan bantuan dan membawa mereka ke tempat selamat.

"Fokus kami adalah untuk menyediakan makanan dan perlindungan kepada mereka. Kami telah menggerakkan semua sumber...tentera kami, agensi bantuan dan anggota yang bekerja 24 jam untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan Pakistan ke-63 di sini, Sabtu.

Sambutan itu diadakan dalam suasana sederhana bagi menghormati keadaan yang berlaku di negara itu, pada masa ini.

Masood juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas sumbangan wang dan bantuan kemanusiaan.

Lebih daripada 1,600 orang terbunuh dalam bencana itu dan menyebabkan 15 juta yang lain kehilangan tempat tinggal.

Ekonomi Pakistan yang berasaskan pertanian yang banyak bergantung kepada bantuan luar menghadapi keadaan yang sukar.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah merayu bantuan US$459 juta dan memberi amaran berlakunya gelombang kedua kematian jika bantuan tidak disegerakan.

Masood berkata Bank Dunia telah menganggarkan bahawa hasil pertanian bernilai US$1 bilion telah rosak semasa bencana itu.

"Ini merupakan bencana yang lebih besar daripada tsunami pada 2004 dan gempa bumi yang menggegarkan Pakistan pada 2005 dan Haiti," katanya sambil menambah bahawa beberapa minggu yang akan datang sangat penting kepada Pakistan.

"Julai dan Ogos adalah musim hujan. Terdapat aliran air dan hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya berasa bahawa ia akan mengambil satu hingga dua minggu (sebelum air surut). Selepas itu, usaha pemulihan dan pembinaan semula akan menjadi amat sukar. Ini merupakan cabaran sebenarnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan