Buang Bayi: Karpal Minta Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengetahui punca kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, di samping mencadangkan langkah-langkah bagi menangani gejala itu, yang dilihat memerlukan tindakan segera.

Katanya tindakan membuang bayi yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan kematian kepada bayi itu secara kejam, dan ia menuntut kepada hukuman yang lebih berat buat pesalah.

Bagaimanapun beliau berkata apa yang perlu dilakukan adalah mengadakan satu kajian mendalam bagi melihat sebab-sebab yang menjurus kepada senario yang membimbangkan itu.

Karpal berkata oleh itu apa yang perlu diberi perhatian dengan teliti bukanlah gejala itu sendiri secara kasarnya, tapi punca mengapa kejadian itu berlaku, sebelum memutuskan untuk mengenakan hukuman mati kepada pesalah.

"Penyelesaian masalah ini terletak pada pembanterasan punca tersebut. Namun tugas untuk mencapai matlamat ini adalah sukar, dan kerajaan demi kepentingan awam, tidak boleh mengabaikannya.

"Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah jawapannya," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan