Bazar Ramadan Jasin Dipindah Ke Bandar Baru Jasin Tiga

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Peniaga Bazar Ramadan Jasin di perkarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut petang semalam, akan ditempatkan di lokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.

"Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Dalam kejadian ribut pukul 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh, manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu.

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; dan Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini, manakala pengunjung yang turut maut ialah Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang, manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian, sebanyak 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter dengan 6.2 meter (lebar). – BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan