UPP Serbu Gudang Haram Di Pinggir Pagar Sempadan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Sebuah gudang haram dalam hutan di pinggir pagar sempadan yang dipercayai menjadi lokasi transit diesel dan petrol bersubsidi ke Thailand diserbu Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) di sini pada Jumaat.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, dalam serbuan pukul 9.15 pagi itu, pihaknya merampas 650 liter petrol bersubsidi serta peralatan berkaitan termasuk pam penyedut.

Beliau berkata penyeludup menjadikan gudang yang tersorok di kawasan hutan yang terletak kira-kira 100 meter dari pagar sempadan itu sebagai tempat penyimpanan minyak sebelum diangkut kenderaan Thailand.

Katanya, di lokasi yang sama, kira-kira pukul 9.45 pagi UPP membuat serbuan ke rumah tidak bernombor dan menemui sebuah kenderaan pikup bernombor pendaftaran Thailand yang ditinggalkan dalam keadaan enjinnya masih hidup.

Pemandu kenderaan itu dipercayai menghilangkan diri setelah menyedari kehadiran pasukan UPP dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 800 liter petrol bersubsidi tersimpan dalam tangki yang telah diubahsuai kenderaan itu.

Zakaria berkata, UPP juga merampas sebuah kereta jenis Volvo lama yang menggunakan pendaftaran Malaysia di lokasi yang sama yang dipercayai digunakan bagi tujuan menyeludup minyak berikutan tangki minyak kenderaan itu telah diubahsuai sehingga berupaya mengisi 100 liter petrol.

Seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung rampasan kenderaan itu, katanya semasa ditemui dilokasi kes berkenaan.

Beliau berkata, kesemua kes itu yang membabitkan rampasan petrol, kenderaan dan peralatan bernilai RM41,782.50 dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan