Uda Holdings Akui Puduraya Tidak Sempat Siap Sebelum Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Uda Holdings Berhad mengakui bahawa kerja-kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Puduraya akan hanya beroperasi semula hujung tahun ini.

Beliau berkata memang mengikut pelan awal, pengubahsuaian Puduraya siap hujung tahun ini tetapi atas permintaan kerajaan, Uda bersetuju untuk cuba menyiapkannya secepat mungkin.

"Pihak kami telah cuba untuk menyiapkannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang diuar-uarkan bagaimanapun atas sebab tertentu, ia tidak sempat disiapkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengedarkan 700 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai sempena majlis berbuka puasa Ancasa Hotel bersama anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di sini Khamis.

Nur Jazlan berkata ekoran itu, stesen bas sementara di Bukit Jalil akan terus digunakan bagi musim balik kampung pada tahun ini.

Beliau berharap tiada pihak yang akan menimbulkan spekulasi negatif mengenai perkara tersebut.

"Sekarang, kontraktor sedang giat menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian dan akan dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.

Mengenai majlis berbuka puasa itu, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sosial korporat UDA Holding pada setiap tahun.

Pada majlis itu, seramai 66 orang anak yatim Pusat Jagaan Nur Hikmah, Kuala Lumpur dan 20 warga tua Rumah Warga Tua Seri Tanjung, Kuang menerima sumbangan berupa duit raya, barangan keperluan Hari Raya dan cenderahati. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan