Tidak Perlu Panik Kerana Kenaikan Harga Ayam Hanya Sementara, Kata Rohani

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.

"Ini semua taktik mereka kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor.

"Keadaan ini disebabkan kuasa pasaran iaitu apabila permintaan lebih tinggi dan ayam pula bukan barang kawalan, mereka telah naikkan harga di peringkat runcit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan zakat di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) di sini, malam Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harga ayam yang naik mendadak di beberapa buah negeri dengan bermulanya bulan Ramadan ini.

Rohani berkata kementerian itu sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati.

Beliau berkata pengguna juga berupaya mengelakkan diri mereka daripada terus ditindas dengan memainkan 'kuasa pembelian' sepenuhnya.

"Sementara harga ayam tengah naik, pengguna boleh tukar kepada makanan lain dan ini akan menyebabkan permintaan menurun dan akhirnya harga ayam pun akan turun juga kerana ayam bukan gula yang boleh disimpan. Apatah lagi orang sentiasa nak yang segar," katanya.

Bagaimanapun, Rohani menjelang Aidilfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal.

Sementara itu, MKM menyumbang sebanyak RM10,000 yang diagihkan kepada 35 pelajar MKM dan Madrasah Tahfiz al-Quran Ar-Rashid dari Klang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan