Jual Pingat: Sultan Johor Titah Beku Anugerah

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya membekukan penganugerahan darjah kebesaran negeri itu ekoran terdapat percubaan menjual pingat termasuk bagi gelaran 'Datuk'.

Sumber istana berkata, Sultan Ibrahim telah bertemu dengan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor dan menyatakan bahawa tiada istiadat pengurnian pingat pada tahun ini.

"Sultan juga mengarahkan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor supaya menyemak dengan teliti senarai pendek semua anugerah negeri pada mada hadapan sebelum dipertimbangkan.

"Tuanku Sultan juga mahu supaya calon-calon penerima anugerah menjalani temuduga oleh pihak pihak Majlis Diraja Johor serta diteliti oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga berkata, sultan berasa sedih dan lebih berhati-hati ekoran kejadian melibatkan seorang lelaki yang dipercayai kerabat jauh Istana Johor ditangkap kerana dikatakan cuba menjual anugerah negeri kepada seorang doktor.

"Sultan berkali-kali mengingatkan kepada rakyat bahawa pingat anugerah baginda bukanlah murah, tapi amat berharga," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Sultan Ibrahim mahu lelaki yang bergelar 'Engku' dalam lingkungan umur 40-an itu dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang.

Difahamkan lelaki berkenaan ditangkap bersama dua lagi lelaki beberapa hari lalu berikut dua laporan polis terhadap mereka.

Siasatan polis ke atas 'Engku' berkenaan menunjukkan bahawa dia telah membuat tawaran kepada seorang doktor bagi mendapatkan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS-II) dengan sejumlah bayaran.

Doktor berkenaan yang pada mulanya membayar wang deposit sebanyak RM3,000 merasa curiga dan mendapatkan bantuan rakannya.

Kemudiannya 'Engku' bersama beberapa lelaki dituduh menyerang rakan doktor berkenaan.

Rakan kepada doktor itu akhirnya memfailkan laporan polis setelah dipukul hingga patah tangan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis memperolehi perintah tahanan reman selama empat hari keatas 'Engku' dan dua lagi lekaki itu bagi membantu siasatan.

Polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekecohan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan