Waspada Promosi Pinjaman Sempena Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagai 'menangguk di air keruh', koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan juga jualan mega sekarang.

Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk internet.

Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya telah ramai yang 'terpikat' dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan.

"Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula di musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," kata Presidennya Omar Osman. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 Sept, iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

"Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos telah habis dibelanjakan untuk raya dan mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September menyebabkan mereka berhutang, ambil wang pendahuluan dan sebagainya," katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan seharusnya dibuat secara teliti dan berdisiplin.

"Ukur baju di badan sendiri. Adakan senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan dari pihak kedua seperti pasangan dan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari," katanya.

Beliau mencadangkan agar setiap pembayaran dibuat secara tunai agar aliran wang keluar dapat dilihat dan seterusnya menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan.

"Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak perlu wang itu, jangan ambil.

"Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran-jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang," katanya.

Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan