Virus Leptospirosis Dikesan Di Dua Tempat Di Sibu

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Virus yang mengakibatkan penyakit kencing tikus atau leptospirosis, kini dikesan di dua tempat di sini.

Pejabat Kesihatan bahagian dalam satu kenyataan di sini Rabu berkata dua tempat itu terdiri daripada tasik rekreasi Jalan Permai dan kawasan kolam di Kem Latihan Khidmat Negara Junaco Park.

Pegawai kesihatan bahagian Dr Muhamad Rais Abdullah meminta orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan.

Beliau berkata pejabatnya akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya kedua-dua kawasan itu disahkan selamat untuk dikunjungi nanti.

Leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lepas apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Sabtu lepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan setiap pegawai kesihatan daerah mengawal selia kebersihan kawasan rekreasi terutamanya tapak-tapak perkhemahan yang menjadi salah satu punca wabak ini berleluasa di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan