PM Serah Sumbangan RM180,000 Kepada Pusat Tahfiz

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan RM180,000 kepada sebuah pusat pengajian tahfiz, Pusat Pengajian Islam Hayatul Uloom di Hulu Langat, di pejabatnya di sini, Khamis. Najib menyampaikan sumbangan itu kepada pengetuanya Dr Shahrir Hussin bagi membaikpulih pusat pengajian tersebut akibat satu kebakaran.

Sebelum ini, Najib melalui Setiausaha Politiknya Datuk Jailani Ngah telah memberikan sumbangan RM30,000, menjadikan jumlah keseluruhannya RM210,000 kepada pusat pengajian itu, yang musnah dalam satu kebakaran pada 15 Julai lalu yang mengorbankan seorang pelajarnya.

Dr Shahrir yang turut diiringi oleh empat pelajarnya berkata pihaknya berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau terhadap nasib yang menimpa mereka.

"Perdana Menteri turut mengucapkan takziah dan memberi sokongan moral kepada kami selain bantuan kewangan yang diberikan," katanya kepada pemberita di sini.

Dr Shahrir berkata beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa sumbangan tersebut akan digunakan untuk membina tempat pengajian yang lebih selesa dan juga surau.

Katanya beliau turut menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan pusat pengajian dan surau tersebut apabila siap kelak.

Beliau berkata pada masa ini, pusat pengajian yang didirikan di atas tanah persendirian itu mempunyai 25 pelajar yang kebanyakannya merupakan lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), dan daripada kalangan anak yatim dan keluarga miskin.

Katanya pusat pengajian itu telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan jumlah pengambilan pelajarnya dijangka bertambah di antara 100 dan 200 orang pada masa akan datang apabila bangunan baru pusat pengajian itu siap. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan