Mayat Bayi Ditemui Dalam Pembentung Najis Belakang Asrama di Jeli

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Polis menemui mayat bayi perempuan dalam sebuah pembentung najis di belakang sebuah asrama kolej komuniti, Bukit Bunga, dekat sini Khamis. Mayat bayi yang sudah membengkak itu ditemui pada 5 petang dalam pembentung najis itu dengan keadaan tertiarap.

Jurucakap polis berkata mayat bayi itu ditemui oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ketika sedang bermain mercun bersama rakan sebayanya.

Sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi terbabit sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi perempuan terbabit.

"Mayat berkenaan dipercayai sudah berada di situ lebih 24 jam berdasarkan keadaan fizikalnya yang dikatakan sudah membengkak," katanya.

Anggota forensik polis mengeluarkan mayat berkenaan dari lubang pembetung itu kira-kira 7.50 malam sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan