Enam Projek Teknologi Hijau Dapat Pembiayaan Bernilai RM104.8 Juta

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Enam projek teknologi hijau mendapat kelulusan bagi pembiayaan bernilai RM104.8 juta di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata pembiayaan terbesar berjumlah RM49.5 juta bagi projek mini hidro di Kelantan.

Beliau berkata daripada enam projek yang diluluskan bagi bantuan kewangan itu, tiga adalah dari sektor tenaga manakala tiga lagi dari sektor pengurusan air dan sisa buangan.

"Projek-projek ini komited terhadap usaha mengurangkan pelepaan karbon dioksida hingga 114,641 tan metrik semasa beroperasi," jelasnya.

GreenTech Malaysia yang dilantik sebagai saluran bagi permohonan GTFS, setakat ini telah menerima 60 permohonan.

Chin berkata 43 permohonan telah lulus penilaian teknikal dan diberikan sijil 'hijau' tetapi 17 pemohon tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jawatankuasa teknikal.

Beliau berkata enam yang diluluskan bagi pembiayaan GTFS adalah dari kalangan 43 permohonan itu.

"Kos pelaburan bagi enam projek itu berjumlah RM161 juta manakala kos pelaburan bagi kesemua 43 projek tersebut berjumlah RM1.12 bilion," katanya.

Kebanyakan pemohon GTFS adalah dari sektor pengurusan air dan sisa buangan manakala selebihnya adalah dari sektor pengangkutan dan bangunan, masing-masing dengan satu permohonan.

Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida kepada 40 peratus menjelang 2020 berbanding tahapnya pada 2005, tertakluk kepada bantuan daripada negara-negara maju.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan pelepasan karbon Malaysia pada 2006 adalah sebanyak 187 juta tan metrik, atau 7.2 tan metrik daripada setiap penduduk Malaysia.

Justeru itu, ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan dana berjumlah RM1.5 bilion sebagai satu usaha untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan teknologi hijau.

Skim ini boleh memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang menjadi pengeluar dan pengguna teknologi hijau.

Sebagai tanda komitmen, kerajaan akan menanggung dua peratus daripaa keseluruhan kadar faedah/keuntungan.

Selain itu, kerajaan akan menyediakan jaminan sebanyak 60 peratus bagi jumlah pembiayaan melalui Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd, dengan 40 peratus risiko pembiayaan ditanggung oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat. Permohonan bagi skim ini dibuka mulai 1 Jan, 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan