Polis Tutup Kertas Siasatan Kes Kematian Bekas Adun Permatang

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan kes bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh yang ditemui mati dengan kesan tembakan bersama bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat telah selesai sepenuhnya, kata polis.

Sehubungan itu, polis telah menutup siasatan kes itu.

Motif kejadian telah dikenalpasti, tetapi tidak boleh didedahkan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di sini pada Selasa.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada kawan dan anggota keluarga kedua-dua mangsa dan mendapati tiada kejadian misteri berlaku.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi Selasa lepas, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di Km 455.7 Leburaya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh.

Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu.

Sementara itu, Khalid berkata dua anggota jawatankuasa sebuah kuil yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan adik bongsu peguam Datuk V.K Lingam menyerah diri di Balai Polis Puchong hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 29 dan 30 tahun itu merupakan Anggota Jawatankuasa (AJK) kuil Avdiar Muniswarar, Puchong, tempat di mana mangsa, Rajendram Velupillai bekerja.

"Kami percaya siasatan hampir selesai. Kami sedang memohon perintah reman bagi mendapatkan keterangan dan maklumat daripada mereka ini," katanya.

Pada 3 Ogos lepas, Rajendram ditemui mati pada kira-kira pukul 3 pagi di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri Puchong selepas dipercayai dipukul tiga lelaki di sebuah kuil.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun Sabtu lepas dan memburu dua lagi lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Urusan British American Tobacco Berhad Malaysia William Toh itu, orang awam dan media dipersembahkan dengan sistem keselamatan terkini bagi mencegah kes samun membabitkan van jualan.

Sistem terbabit dikenali sebagai '24 hour hijack surveillance and counter measure system' yang dicipta bagi menangani masalah samun dan rompakan van-van jualan syarikat itu.

Toh berkata syarikat mereka mensasarkan untuk melengkapkan kesemua 500 van jualan mereka di seluruh negara dengan sistem itu dalam masa terdekat. Pada ketika ini terdapat 100 sahaja yang telah dilengkapi sistem itu.

Beliau berkata sejak mula dipasang pada Julai lepas, tiada lagi kejadian samun van jualan berlaku berbanding 41 insiden membabitkan kerugian lebih RM1 juta sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan