Perlu Lebih Banyak Perbincangan - Saifuddin - Berita Semasa | mStar

Perlu Lebih Banyak Perbincangan - Saifuddin

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak perbincangan perlu dilakukan sebelum keputusan untuk membenarkan mahasiswa menyertai politik dibuat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya perkara itu tidak perlu diputuskan secara terburu-buru kerana ia melibatkan perkara yang besar dan kerajaan mahu menghalusi semua pandangan dan cara bagaimana ia akan direalisasikan.

"Soal membenarkan bukan bermaksud mewajibkan. Ini sekadar memberi kebenaran kepada mahasiswa yang berminat. Dalam sejarah pun memang tak ramai yang mahu terlibat dalam politik. Jika kebenaran itu perlu bersyarat, itu kita akan bincang kemudian," katanya di sini pada Selasa.

Beliau menghadiri sesi meja bulat bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) yang membincangkan mengenai isu tersebut.

Saifuddin berkata penilaian terhadap peraturan sedia ada juga perlu dilakukan, termasuk kemungkinan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti atau memadai sekadar pelaksanaannya secara pentadbiran.

Isu untuk membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan politik berbangkit susulan kerajaan membenarkan guru siswazah aktif dalam politik.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata sebahagian besar peserta meja bulat itu menyokong cadangan untuk membenarkan mahasiswa menyertai parti politik beserta beberapa ketetapan dan syarat tertentu.

"Semua pihak yang hadir berharap jika cadangan ini diterima, janganlah sampai menghilangkan kemurnian universiti sebagai institusi ilmu. Memang negara akan dapat manfaat dan mahasiswa boleh cari kematangan diri dengan lebih cepat.

"Tapi soal teras (pendidikan) tak boleh dibawa keluar dan yang penting adalah untuk memberi nilai tambah kepada mereka (mahasiswa)," katanya.

Beliau berkata dengan memberi kebenaran kepada mahasiswa menyertai parti politik, ia dapat membawa era baru kepada kepimpinan masyarakat terutama yang melibatkan generasi muda.

Katanya lebih banyak sesi meja bulat akan diadakan selepas ini termasuk dengan parti-parti politik untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai perkara tersebut.

Sesi hari ini turut dihadiri wakil daripada beberapa pertubuhan belia, aktivis belia dan kemasyarakatan serta tokoh akademik daripada universiti tempatan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan