Mahfuz Ingatkan Dr. M Jangan Campur Urusan Pas-DAP

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan kerjasama parti itu dengan DAP dan meminta agar bekas Perdana Menteri itu tidak mencampuri urusan dalam Pakatan Rakyat.

Mahfuz berkata, Dr Mahathir tidak layak mempertikaikan hubungan PAS dengan DAP kerana beliau sendiri gagal menjalinkan hubungan jujur dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

"Biarlah beliau nak kata apa, tapi hakikatnya beliau tak layak nak komen pasal PAS-DAP, tak layak nak kata kami (PAS) ikhlas ataupun tidak.

"Bagi kami beliau sendiri patut berasa malu kerana membiarkan dirinya menjadi 'kuda tunggangan' MCA hingga menyebabkan kerajaan ditipu oleh (Tun Dr) Ling Liong Sik (bekas Menteri Pengangkutan) mengenai isu penyelewengan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang )," katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir dalam blognya bahawa PAS bersikap hiprokrasi apabila bersekongkol dengan DAP.

Katanya, tindakan PAS itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya mahu mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.

Selain itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru seperti mendekati golongan bukan Islam sekiranya parti itu mahu merealisasikan komuniti Islam yang kuat pada pilihan raya umum akan datang.

"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu.

"PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak," katanya yang dipetik dalam blognya gemasuara.blogspot.com.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan