Harga Ayam Naik Sehingga 50 Sen, Pengguna Kedah Minta Pemantauan

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ramadan yang bermula pada Rabu dipercayai adalah punca kenaikan harga ayam antara 30 sen dan 50 sen sekilogram yang dikesan di beberapa buah pasar basah di negeri ini.

Tinjauan di pasar-pasar berkenaan menunjukkan harga ayam yang pada kebiasaannya antara RM5.70 dan RM6 sekilogram kini mencapai RM7 menyebabkan pengguna merungut.

"Baru-baru ini saya beli baru RM6.50, tapi hari ini mendadak RM7. Saya minta pihak berkuasa buat pemantauan, jangan biar pengguna teraniaya," kata Saniah Ahmad, 42, ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar pada Rabu.

Sementara itu, peniaga yang ditemui pula mendakwa kenaikan harga ayam berpunca daripada pembekal.

"Saya tiada pilihan dan terpaksa menjual mengikut harga pasaran walaupun mahal," kata Abdul Shukur Darus, 30.

Rakannya, Wan Ahmad Fauzi Wan Ismail, 35, pula berkata telah menjadi lumrah harga runcit ayam meningkat pada setiap bulan puasa.

"Kami masih menjual RM7 satu kg tetapi di beberapa tempat harga mencecah RM7.50 satu kg hari ini," katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga ayam percik di Jitra, Rosli Puteh, 53, berkata kenaikan antara RM1 dan RM1.50 bagi seekor ayam turut memberi kesan kepada peniaga sepertinya.

"Ini bermakna peniaga seperti kami juga terpaksa menaikkan harga jualan walaupun ia pasti memberi kesan kepada pengguna dan pendapatan kami," katanya.

Sementara Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Salleh Ma'amor yang dihubungi Bernama berkata buat masa ini harga ayam ditentukan oleh pasaran.

"KPDNKK menjangka harga ayam akan meningkat sehingga RM1 sekilogram menjelang Ramadan. Bagaimanapun dua minggu menjelang Aidillfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan