Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Esok

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadhan di Bukit Besar di sini, Selasa. Turut hadir Juru Ukur Daerah, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Che Sulaiman Mat Yunus (kiri). Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. -Foto BERNAMA.
Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadhan di Bukit Besar di sini, Selasa. Turut hadir Juru Ukur Daerah, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Che Sulaiman Mat Yunus (kiri). Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan hari ini untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Berikutan dengan pengumunan itu, seluruh masjid di negara ini mula mengadakan sembahyang terawih yang merupakan solat sunat yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan