SPRM, HELP Jalin Kerjasama Wujud Pendidikan Pencegahan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri) dan Presiden/Pengasas HELP Universitu College (HELP), Datuk Dr Paul Chan menukarkan memorandum perjanjian persefahaman antara SPRM dan HELP bagi mewujudkan pendidikan pencegahan rasuah di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto THE STAR oleh ART CHEN.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri) dan Presiden/Pengasas HELP Universitu College (HELP), Datuk Dr Paul Chan menukarkan memorandum perjanjian persefahaman antara SPRM dan HELP bagi mewujudkan pendidikan pencegahan rasuah di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto THE STAR oleh ART CHEN.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Help University College (HELP) menjalinkan kerjasama bagi mewujudkan pendidikan pencegahan rasuah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat memerangi gejala itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, modul pendidikan itu mengandungi pengetahuan dan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan kes studi.

“Pendekatan ini amat bertepatan bagi kegunaan masyarakat terutama pelajar memandangkan subjek itu dianggap sukar dan membosankan.

“Berdasarkan ideologi lebih efektif sekaligus dapat meningkatkan penyertaan mereka terhadap usaha mencegah rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian persefahaman antara SPRM dan HELP dan pelancaran Institut Jenayah dan Kriminologi HELP (ICC) di sini, Selasa.

Turut hadir, Canselor dan Pengerusi HELP, Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali, Presiden dan Pengasas HELP, Datuk Dr Paul Chan, Pengarah ICC, Akhbar Satar.

Abu Kassim berkata, elemen tersebut bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi juga kepakaran seperti bagaimana mengendalikan organisasi yang terbabit dengan rasuah.

“Ini termasuk individu untuk mengatakan ‘tidak’ kepada rasuah dan ia bukan satu perkara mudah untuk diputuskan,” ujarnya.

Kerjasama antara SPRM dan HELP meliputi perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dari segi aspek akademik, latihan, penyelidikan serta penerbitan.

Ia bertujuan meningkatkan kapasiti dan kemampuan dalam melahirkan individu berpengetahuan dan pakar bagi membanteras jenayah rasuah secara berkesan.

Sementara itu, Dr Paul Chan pula berkata, HELP melaburkan sejumlah RM1 juta dalam ICC bagi kegunaan penyelidikan dan keupayaan pengajaran.

Menurut beliau, pelaburan fasa pertama itu turut membabitkan bahan pendidikan mengenai kesedaran terhadap jenayah untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Kami juga akan menerbitkan jurnal pembangunan anti rasuah yang mengandungi contoh kes studi yang boleh digunakan pelajar ijazah sarjana muda, ijazah dan profesional.

“Rancangan ini termasuk pendidikan secara dalam talian dan instrumen psikologi bagi membangunkan personaliti untuk mencegah jenayah,” katanya.

ICC akan menawarkan program ijazah dan siri latihan eksekutif profesional dalam bidang jenayah ekonomi dan pengurusan penipuan menerusi Ijazah Sains dalam Pengurusan Jenayah Ekonomi.

Program selama 18 bulan itu merupakan yang pertama di Asia meliputi kombinasi bahagian pengurusan, teknologi dan kepakaran analisis dengan pengetahuan dan pemahaman dalam jenayah ekonomi berdasarkan perspektif global.

Siri eksekutif profesional pula menghimpunkan kursus dan bengkel jangka pendek.

HELP akan menawarkan lima biasiswa minimum RM36,000 seorang setiap tahun kepada kakitangan SPRM yang melanjutkan pengajian itu dalam program Ijazah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan