Semua Rukun Tetangga Disaran Tubuh Skim Rondaan Sukarela

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua Rukun Tetangga di seluruh negara disaran menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani jenayah di peringkat akar umbi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, SRS juga merupakan salah satu daripada institusi akar umbi yang penting selain polis, Rela dan pasukan keselamatan lain, dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan perumahan.

"Saya ingin merayu kepada semua Rukun Tetangga sedia ada untuk menubuhkan SRS secepat mungkin dengan menghubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional dan polis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan SRS Taman Gasing Indah sempena lawatan kerja ke kawasan Rukun Tetangga Taman Gasing Indah, di sini, malam Isnin.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad.

Koh berkata, dengan penyertaan yang berkesan dan bersepadu daripada para penduduk beliau yakin kejadian jenayah di peringkat akar umbi dapat ditangani secara lebih berkesan.

Beliau turut menyarankan semua Rukun Tetangga menjadikan Selangor sebagai contoh, memandangkan Selangor berjaya meningkatkan bilangan penubuhan SRS dengan ketara daripada hanya 116 pada tahun 2007 kepada 234 SRS tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan