Pelancongan Seni Galak Industri Pelancongan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Kementerian Pelancongan telah mengenal pasti satu produk pelancongan baru iaitu pelancongan seni untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, kementerian akan memperkenalkan produk terbaru pelancongan ini kepada dunia dan berharap produk ini akan membawa lebih ramai pelancong melawat Malaysia.

"Kementerian akan mengadakan buat julung kali sambutan terbesar pelancongan seni kontemporari iaitu Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (MCAT), yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor, bagi tempoh tiga bulan," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 agensi pelancongan dan tujuh media tempatan semasa jamuan malam "Sahabat Malaysia" di sini Isnin malam.

Turut hadir pada jamuan itu adalah Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong Cheong Loon Lai, Pengarah Tourism Malaysia di Hong Kong Zaliha Zainuddin dan Pengarah Bahagian Antarabangsa Tourism Malaysia Chong Yoke Har.

Ng, yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Hong Kong dan Shenzen, China, bagi mempromosikan produk-produk pelancongan di Malaysia berkata, Lelongan Kesenian Malaysia akan menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah kesenian Malaysia dan langkah pertama ke arah mewujudkan satu pasaran seni sekunder yang kukuh di negara.

"Sebagai perniagaan, pasaran seni merupakan satu sektor yang mudah diterima dunia sejagat kerana produk-produknya adalah eksklusif dan mempunyai sumber terhad, sebegitu akan mengelakkan keperluan untuk bersaing dengan produk-produk tempatan atau pasaran," katanya.

Ng berkata, beliau percaya Hong Kong merupakan tempat paling sesuai untuk mempromosikan pelancongan seni kerana masyarakat seni di sini sangat kuat.

Pelelongan, yang akan akan menyaksikan bidaan 62 karya lukisan bernilai lebih RM1 juta, dianjurkan oleh Henry Butcher Art Auctioneers Sdn Bhd dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara dan BrandLaureate.

Mengenai strategi promosi, Ng berkata buat pertama kali, Persatuan Golf Profesional (PGA) akan mengadakan kejohanan mereka di Malaysia tahun ini.

"Dengan satu kejohanan sukan penting seumpamanya akan diadakan di sini, kami yakin akan berupaya menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia tahun ini," katanya.

Strategi promosi sedia ada seperti Jualan Mega, Festival Makanan, Festival Kasut dan F1 Grand Prix Petronas Malaysia akan diteruskan, katanya.

Ng berkata, Malaysia telah mensasarkan untuk mencatat ketibaan 36 juta pelancong dan RM3 bilion seminggu dalam bilangan pelancongan menjelang 2020.

"Kami telah menggariskan strategi untuk membina ketumpatan, membangunkan kluster dan sektor bernilai tinggi dalam industri," katanya.

Ng berkata, kerajaan sangat komited dalam mempromosikan sektor pelancongan kerana industri ini menyumbang sembilan peratus ke dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sektor ini merupakan antara 11 bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pelancongan itu berkata kementerian menggalakkan lebih banyak hotel di Malaysia untuk membangunkan lebih banyak infrastruktur mesyuarat bagi membolehkan mereka menerokai pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran).

"Industri MICE adalah segmen penting dalam pelancongan dan negara telah mewujudkan Biro MICE Malaysia bagi menarik lebih banyak syarikat-syarikat asing," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan