Malaysia Akan Wujud Model Gaji Minimum Sendiri - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia akan mewujudkan model gaji minimum tersendiri berdasarkan kepada kedudukan ekonomi negara serta mengambil kira kepentingan pekerja dan majikan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada Selasa.

Beliau berkata, cadangan model gaji minimum itu yang mengambil kira faktor sektor pekerjaan nasional dan serantau akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri akhir Oktober ini bagi mendapat arahan selanjutnya.

"Pungutan data mengenai gaji minimum di setiap sektor pekerjaan di negara ini sudahpun dibuat dan kementerian akan berjumpa dengan wakil setiap sektor untuk bincang (cadangan mewujudkan model gaji minimum) sebelum kertas Kabinet bagi tujuan itu disediakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Melalui Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) di sini.

Mengenai tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu kerajaan membincangkan pengurangan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000 yang disifatkan terlalu tinggi, Subramaniam berkata kementerian sedang membincangkan perkara itu dengan Indonesia.

"Di pihak Malaysia dan ejen pengambilan pekerja asing, kami setuju dengan cadangan MTUC itu, tetapi Indonesia menghadapi masalah dengan ejen mereka sendiri (untuk menyetujui cadangan itu)," katanya.

Subramaniam juga berkata mengikut undang-undang, majikan yang telah membayar kos pengambilan kepada ejen hanya boleh memotong gaji pembantu mereka sehingga kadar maksimum 50 peratus.

Ketika berucap sebelum itu, Subramaniam berkata, sehingga kini sebanyak 72,602 majikan mengguna pakai sistem PLWS yang dilaksanakan sejak 1996.

"Kami jangkakan sejumlah 600 majikan lagi akan guna pakai sistem PLWS ini yang telahpun memanfaatkan seramai 2.8 juta pekerja setakat ini," katanya.

PLWS adalah satu sistem yang mewujudkan kaitan yang lebih rapat di antara upah dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing negara. Ia memberi manfaat kepada pekerja dan majikan sama ada dalam sektor berkesatuan atau tidak berkesatuan di negara ini.

Subramaniam berkata, kementerian menerusi Jabatan Perhubungan Perusahaan akan menganjurkan lapan seminar secara interaktif untuk menerangkan mengenai kebaikan sistem PLWS kepada 300 majikan sebagai permulaan.

"Sebanyak 80 peratus daripada sektor perkhidmatan yang antara lain merangkumi pekerja hotel mengguna pakai sistem PLWS," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan