Lebih 44,000 Keluarga Miskin Layak Terima Bantuan Teman 1Azam

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Seramai 44,643 keluarga miskin dan miskin tegar di seluruh negara dikenal pasti layak menerima bantuan melalui program Akhiri Zaman Miskin atau Teman 1Azam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, daripada jumlah tersebut, 20,360 keluarga sudah menerima bantuan berkenaan sementara bakinya pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang menerima bantuan itu adalah terdiri daripada 222,000 penduduk miskin dari seluruh negara yang berdaftar melalui e-kasih pada tahun 2008.

"Bantuan progam Teman 1Azam ini merupakan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Teman 1Azam peringkat daerah di sini, Selasa.

Katanya, bantuan itu diberikan bagi membantu ketua isi rumah keluarga terbabit menjadi usahawan melalui projek pertanian dan perniagaan.

Sehingga kini katanya, seramai 900 wanita juga telah menerima bantuan keusahawanan berkenaan.

"Program ini juga meliputi aktiviti keagamaan, bengkel motivasi dan perubahan minda, pemeriksaan kesihatan keluarga dan bengkel kesukarelaan Jiwa Malaysia untuk pelajar universiti," katanya.

Bagi peringkat Parlimen Raub, kira-kira 500 penduduk termasuk 137 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar dan 100 pelajar sekolah menerima bantuan bulanan yang keseluruhan bernilai RM514,000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan