Kerajaan Tubuh Majlis Penasihat Kesihatan Mental

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental bagi mengukuhkan aktiviti promosi kesihatan mental antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat pertama majlis itu yang terdiri daripada 12 anggota diadakan semalam di Putrajaya dengan dipengerusikan oleh beliau.

Beliau berkata penubuhan majlis itu adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam menangani masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan ini.

"Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah menubuhkan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di mana ahli-ahli yang dilantik akan bertindak memberi pandangan teknikal dan nasihat kepada Menteri Kesihatan di dalam aspek promosi kesihatan mental," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Dua belas anggota itu terdiri daripada pakar-pakar psikiatri, pakar dalam bidang kesihatan awam dan wakil-wakil NGO.

Antara anggotanya ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datin Dr Ang Kim Teng, Presiden Persatuan Sokongan Minda Malaysia Dr Abdul Kadir Abu Bakar dan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Selangor Prof Dr M. Parameshvara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan