Kerajaan Terus Bangunkan Kampung Baru Di Seluruh Negara - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Terus Bangunkan Kampung Baru Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan terus membangunkan kemudahan di 607 kampung baru di seluruh negara sejajar dengan pembangunan semasa dan keadaan sosio-ekonomi masa kini, kata Menterinya Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata sejak dibuka pada tahun 1948, iaitu pada zaman semasa negara menghadapi ancaman komunis, kampung-kampung baru ini dibangunkan dengan begitu baik sekali.

"Dulu memang cukup mundur tetapi oleh kerana dengan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri, ia dapat dibangunkan enjadi kampung baru yang serba moden," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Baru Ayer Keroh di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Gan Tian Loo.

Chor berkata kampung-kampung baru itu dapat dibangunkan dengan baik hasil kerjasama penduduk dengan Anggota Dewan Undangan Negeri, Anggota Parlimen dan anggota Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Beliau berkata melalui kerjasama itu, semua projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan di kampung-kampung baru dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan