Kerajaan Sedia Kaji Kebenaran Mahasiswa Berpolitik

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau berkata perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Saifuddin berkata pada majlis penutup Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar semalam, beliau menerima resolusi dari wakil pemimpin mahasiswa yang mahukan mereka diberi kebebasan untuk terlibat dalam politik kepartian.

Tahun lepas, kerajaan meminda Auku dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran khas Naib Canselor.

Saifuddin berkata selepas perbincangan dengan pelbagai pihak nanti, kerajaan akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan Auku bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa supaya boleh terlibat dalam politik kepartian.

Bagaimanapun perbincangan mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik itu mungkin mengambil masa kerana ia memerlukan kajian terperinci mengenai perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh golongan berkenaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan