Jabatan Peguam Negara Nafi Sembunyi Nota Teoh Beng Hock

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam yang dilantik untuk mewakili Pendakwa Raya dalam mengendalikan prosiding inkues Teoh Beng Hock pada Isnin, telah memaklumkan penemuan nota di dalam beg sandang mendiang yang dikatakan dapat membantu dalam siasatan kematian setiausaha politik tersebut.

Bagaimanapun, nota itu dipertikaikan atas alasan berlaku kelewatan dalam mendedahkan nota dan kegagalan untuk menyerahkan sesalinan nota kepada peguam yang mewakili keluarga Teoh serta dakwaan Jabatan Peguam Negara menyembunyikan nota tersebut.

Jabatan Peguam Negara menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan nota itu disembuyikan, sebaliknya turut terkejut dengan penemuan nota dan siasatan lanjut telah dijalankan.

Penemuan nota dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal pada 7 Oktober 2009, iaitu kira-kira dua bulan selepas kematian Teoh.

Menurut Ahmad Nazri, nota itu tidak ditemui semasa kali pertama beliau membuat carian pada beg mendiang.

Nota itu diterjemahkan dengan segera dan terdapat keperluan untuk menghantarnya bagi dianalisa oleh pakar pemeriksa dokumen di Jabatan Kimia.

Nota itu telah dihantar pada 9 Oktober 2009 dan pada 20 Oktober 2009, pakar tersebut telah menyediakan laporan untuk dipertimbangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Abdul Gani tidak yakin dengan keaslian nota tersebut ekoran kesukaran untuk mengesahkan tulisan tangan tertentu dalam karakter Bahasa Cina.

Tambahan pula, nota tersebut dijumpai selepas dua bulan dan ini akan menimbulkan rasa curiga kepada tahap keaslian dan penemuannya.

Selepas mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, Abdul Gani berpendapat nota itu tidak patut dikemukakan di mahkamah, melainkan jika Ahmad Nazri dapat memberikan penjelasan yang memuaskan berkaitan penemuan nota itu.

Berhubung nota itu, Jabatan Peguam Negara dimaklumkan oleh Ahamd Nazri bahawa carian menyeluruh dilakukan selepas pakar psikatri menasihatkan nota bunuh diri akan ditinggalkan dalam situasi kes biasa.

Bagaimanapun, Ahmad Nazri baru-baru ini mengakui bahawa nota itu ditemui dalam beg Teoh pada 17 Julai 2009, tetapi tidak menyedari kepentingannya berikutan terdapat beberapa dokumen yang ditemui yang ditulis dalam Bahasa Cina dan juga huruf roman.

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota itu dan mengarahkan supaya Ahamd Nazri membuat penjelasan di mahkamah untuk mengelakkan timbul isu lain di masa akan datang dan nilai nota akan ditentukan oleh Koroner berdasarkan penjelasan Ahmad Nazri dan laporan pakar dokumen.

Oleh itu, tidak wujud dakwaan bahawa pihak jabatan cuba menyembunyikan nota tersebut dan keputusan untuk tidak mengemukakannya pada peringkat awal dibuat berdasarkan laporan pakar pemeriksa dokumen dan juga penemuannya yang menimbulkan rasa curiga.

Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan nota tersebut sebagai bukti sahaa sehingga tiada lagi rasa curiga berhubung nota tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan