BN Serius Tunai Janji Di Sabah - Ongkili

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Barisan Nasional (BN) serius dalam menunaikan janjinya untuk menyediakan kemudahan prasarana asas di kawasan pedalaman di Sabah serta memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dalam membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat.

Keikhlasan Perdana Menteri itu dapat dilihat menerusi keutamaan yang digariskan dalam enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk tumpuan kepada prasarana asas di kawasan pedalaman, katanya.

"Pelan telah dirangka dan dana sedang disediakan bagi NKRA khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membolehkan Sabah mengejar negeri-negeri lain," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Sulabayan dan Senalang di sini, Selasa.

Katanya rakyat perlu menyokong usaha kerajaan dan menolak janji angan-angan dan kempen negatif pihak pembangkang.

Ongkili, yang juga timbalan presiden PBS dan Ahli Parlimen Kota Marudu, juga menyentuh isu tanah yang disifatkan sebagai masalah serius kepada Sabah khususnya di Beluran, Semporna, Pitas dan Kota Marudu.

Masalah itu membabitkan tuntutan pertindihan, bidang tanah luas diberikan kepada syarikat yang bertindih dengan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), penduduk diusir secara paksaan kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan.

Beliau, bagaimanapun, menghargai usaha Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Ongkil kesal terhadap tindakan pihak tertentu dalam menangani isu pertikaian tanah termasuk membuli penduduk kampung untuk mengosongkan tanah.

"Penjawat awam harus profesional dalam melaksanakan kerja dan bertindak berdasarkan keadilan, menghormati maruah dan elak daripada melakukan perkara kejam seperti membakar rumah dan meracun tanaman bagi memaksa penduduk kampung berpindah," katanya.

Beliau juga berkata pemimpin parti sanggup mendengar rungutan rakyat dan bertindak sebagai "hamba rakyat' dengan menyalurkan keperluan dan aduan kepada pihak berkuasa selaras dengan konsep pentadbiran kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Sekarang'.

Timbalan Ketua PBS Sulabayan, Kada Julkarnain telah membangkitkan insiden baru-baru ini di mana pihak berkuasa membakar rumah dan membuat tangkapan dalam pertikaian tanah di Mount Pork dan Nangus di Semporna. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan