22 Hotel, 51 Dapur Di Kuala Lumpur Miliki Sijil Halal - Jakim

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 hotel dan 51 dapur di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan pensijilan halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga semalam (Isnin).

Ketua Pengarahnya, Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, Jakim mengambil pendekatan memaklum dan menasihatkan masyarakat Islam di negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis-majlis berbuka di hotel agar memilih hotel atau premis yang telah disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, beliau turut menasihati pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahguna terma-terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti istilah 'buffet Ramadan'.

Mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, katanya.

Beliau berkata, dari Mei hingga Julai lepas, Jakim menerima permohonan dari sembilan hotel dan daripada jumlah itu, empat telah mendapat kelulusan manakala lima lagi sedang dalam proses.

Pada 9 Ogos sahaja, Jakim menerima permohonan dari 10 hotel dan dua daripadanya telah selesai untuk proses dokumentasi manakala lapan lagi masih dalam proses semakan dokumen, katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk membuat semakan senarai hotel di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai sijil halal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan