Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7 Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohamad Isa.

Beliau berkata pengekalan itu disebabkan tidak ada kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama rakyat di negeri tersebut.

"Pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat fitrah ialah sebanyak RM16 juta dan pada tahun ini pihak kami menjangkakan jumlah yang sama akan dikutip di Selangor," katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Mohd Adzib berkata MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,437 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh negeri dan membuka kaunter sementara di pusat membeli-belah terpilih bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah dan zakat harta.

Pusat membeli-belah terbabit ialah Centrepoint, Mydin, Plaza MPK dan Jaya Jusco Bukit Raja, kesemuanya di Klang dan di Giant, Kompleks PKNS dan Plaza Masalam, kesemuanya di Shah Alam.

Katanya sebanyak 23 kaunter akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Mohd Adzib berkata pihaknya juga telah memulakan program agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 Julai lepas sehingga esok melibatkan peruntukan RM14.5 juta.

"Ianya diagihkan kepada 18,352 keluarga fakir dan miskin di negeri ini. Daripada jumlah itu terdapat 11,114 keluarga asnaf miskin pada tahun ini berbanding 10,843 orang pada tahun lepas manakala bagi asnaf fakir pula terdapat 7,238 keluarga berbanding 10,778 pada tahun lepas.

"Bantuan adalah berupa wang tunai antara RM600 sehingga RM1,000 bagi setiap keluarga asnaf fakir mengikut tanggungan manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan