Takaful Ikhlas Lancar Laman Sesawang Bagi Warga Sektor Awam - Berita Semasa | mStar

Takaful Ikhlas Lancar Laman Sesawang Bagi Warga Sektor Awam

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Takaful Ikhlas Sdn Bhd, yang menjadi panel bagi perlindungan takaful pinjaman hartanah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia, telah membina laman sesawang khas di bawah Kempen IKHLASnya, yang ditujukan khusus kepada warga kerja perkhidmatan awam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata kempen itu bertujuan menggalakkan kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman dengan BPP untuk memilih syarikat itu sebagai penyedia takaful bagi perlindungan pinjaman hartanah mereka.

Katanya Takaful Ikhlas memperkenalkan kadar terendah di dalam kempen itu agar setiap warga kerja perkhidmatan awam dapat menikmati perlindungan pinjaman yang terbaik di pasaran dan secara tidak langsung dapat memberikan lebihan pendapatan kepada kakitangan itu sendiri.

"Kemudahan yang disediakan di laman sesawang ini meliputi kalkulator pengiraan anggaran kadar pembayaran bulanan, pautan laman sesawang BPP, ruangan pendaftaraan dan Hadiah istimewa kepada pendaftaran yang sah," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai laman itu boleh melayarinya di www.takaful-ikhlas.com.my/bpp <http://www.takaful-ikhlas.com.my/bpp> ," kata Syed Moheeb.

Beliau berkata kakitangan kerajaan juga boleh berkunjung ke pusat perkhidmatan setempat Takaful Ikhlas Sdn Bhd di Putrajaya untuk sebarang urusan mengenai perlindungan takaful berkaitan Bahagian Pinjaman Perumahan seperti Skim IKHLAS Takaful Gadaijanji dan IKHLAS Pemilik Rumah kepada kakitangan sektor awam. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan