SKM Sasar 300 Sekolah Rendah Di Kelantan Sertai Koperasi

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mensasarkan 300 sekolah rendah di Kelantan menyertai SKM.

Pengarah SKM negeri Wan Mohamad Sabri Wan Harun berkata mengikut akta SKM, sekolah yang mempunyai anggota koperasi seramai 50 ke atas diwajibkan berdaftar dengan suruhanjaya itu.

"Sehingga ini kesemua 540 sekolah menengah, termasuk sekolah menengah agama kerajaan di negeri ini telah menubuhkan kedai koperasi dan ini suatu perkembangan yang menggalakkan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Konvensyen Koperasi Sekolah peringkat negeri di sini, Isnin.

Beliau berkata ada antara koperasi sekolah mencatatkan keuntungan lebih RM100,000 setahun melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis itu, Ketua Penolong Pengarah (Sektor Pembangunan Kemanusiaan), Jabatan Pelajaran Kelantan Siti Mariam Mohamed berkata, penyertaan pelajar dalam gerakan koperasi bukan sahaja meningkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu keusahawanan tetapi mendidik mereka berdisiplin dan melaksanakan aktiviti berfaedah.

"Ini secara tidak langsung memberi keuntungan balik kepada warga sekolah untuk mendapatkan barangan secara mudah dengan harga murah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan