Puteri Umno Selar Tindakan Campuri Urusan Perundangan Negara

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno menyelar tindakan mana-mana pihak terutamanya dari negara luar yang cuba mencampuri proses perundangan negara semata-mata untuk menjaga kepentingan peribadi seseorang dan menidakkan keadilan untuk satu pihak yang lain.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata sebarang usaha untuk meminta campur tangan asing terhadap undang-undang negara juga merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima dan ia jelas mencabul kedaulatan sesebuah negara.

"Tindakan bekas naib presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan bekas presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang mendesak kerajaan Amerika untuk campur tangan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang biadap," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Al Gore dan Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal baru-baru ini, mahu kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Shahanim berkata pergerakan itu turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak tunduk terhadap campur tangan mana-mana pihak.

Muhyiddin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar berhubung kes liwat membabitkan Anwar.

Beliau turut menyifatkan gesaan itu sebagai satu tindakan sia-sia serta menunjukkan Anwar seorang yang terdesak sehingga menggunakan 'talian hayat' dan sentiasa bersubahat dengan rakan-rakan luarnya demi kepentingannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan