Perlu Dapatkan Lesen Beli, Jual dan Proses Kenaf, Tembakau Sebelum 1 September

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memberikan tempoh sehingga 1 Sept ini untuk orang ramai mendapatkan lesen untuk membeli, menjual, memproses, mengilang dan mengimport kenaf dan tembakau.

Pengerusi LKTN Datuk Ismail Kasim berkata borang bagi mendapatkan lesen terdapat di pejabat LKTN dan boleh dimuat turun di laman web http://www.lktn.gov.my.

Katanya LKTN juga kini bertanggungjawab sepenuhnya dalam membanteras rokok seludup dan tidak sah sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat di Kementerian Kewangan pada 13 Julai lalu.

"Pada masa ini LKTN sedang berunding dengan pihak yang terlibat seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Persatuan Pekedai Runcit Malaysia, pengusaha restoran, pasaraya dan yang lain untuk melesenkan kesemua penjual rokok di negara ini.

"Kegagalan untuk mendapatkan lesen bagi aktiviti tersebut boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada majlis taklimat bersama media di sini, malam tadi.

Beliau berkata LKTN kini akan memberi tumpuan untuk memasarkan kenaf bagi pasaran tempatan kerana harga yang ditawarkan beberapa negara untuk mendapatkan kenaf dari negara ini kadangkala begitu rendah.

Katanya ketika ini terdapat kira-kira 500 penanam kenaf di seluruh negara membabitkan keluasan lebih 2,000 hektar dan lembaga itu bercadang menjadikan beberapa negeri di utara tanah air sebagai pengeluar benih kenaf itu.

Menurutnya LKTN buat masa ini mengimport benih kenaf bermutu dari Mexico yang boleh menghasilkan fiber bermutu tinggi.

"LKTN mensasarkan dalam tempoh tidak lama lagi lebih 5,000 hektar akan ditanam dengan kenaf yang ternyata memberi pulangan lumayan kepada petani yang mampu mengaut keuntungan kira-kira RM3,000 untuk sehektar," katanya yang menambah kenaf bakal menjadi komoditi terpenting negara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Katanya untuk itu petani digalakkan untuk bekerjasama dengan lembaga itu untuk membenarkan tanah mereka diusahakan dengan kenaf dengan memberikan subsidi menarik termasuk memberikan upah jika mahu mengusahakan tanaman itu secara bersendirian.

Beliau berkata LKTN juga sedang berusaha untuk menghapuskan pandangan negatif masyarakat yang kononnya kenaf akan merosakkan tanaman yang lain jika ditanam bersama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan