Pangkalan Polis Marin Di Tepi Sungai, Pantai Dinaik Taraf Jadi Balai Polis

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BETONG: Semua pangkalan marin yang terletak di tepi sungai dan persisiran pantai di negara ini akan dinaik taraf sebagai balai polis yang lengkap dengan anggota dan pegawai penyiasat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata dengan adanya balai polis di kawasan terbabit, maka operasi polis mampu dipertingkatkan jika berlaku sebarang kes jenayah sama ada di kawasan sungai mahupun laut.

"Buat masa ini anggota polis marin dan Pasukan Gerakan AM (PGA) digandingkan bagi menjalani operasi mengawal keselamatan dan cegah jenayah di kawasan sungai, pantai dan laut," katanya kepada pemberita selepas majlis merasmikan Balai Polis Daerah Betong yang baru bernilai RM21 juta di sini, Isnin.

Beliau berkata dengan wujudnya balai polis di setiap pangkalan marin yang sedia ada, ia tidak akan menimbulkan sebarang pertindihan tugas kawalan bersama agensi penguatkuasa lain seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Musa berkata polis dan agensi penguatkuasa yang berkaitan akan lebih mudah untuk membahagikan kawasan dan zon rondaan kawasan sungai serta laut dengan adanya kerjasama erat antara agensi terbabit pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Musa berkata polis akan cuba untuk memastikan semua kawasan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selamat daripada sebarang aktiviti jenayah dengan meningkatkan lagi operasi cegah jenayah.

Selain itu, katanya tumpuan turut diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan luar bandar.

"Dari segi logistik, PDRM tidak ada masalah kerana kita mempunyai kira-kira 90 unit bergerak untuk Sarawak termasuk pembinaan balai polis di kawasan pedalaman seperti yang ada di Bario ketika ini," katanya. Sementara itu, beliau berkata polis juga sudah sedia berhadapan dengan proses pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dan memberi jaminan ia akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah jika semua parti bertanding mematuhi peraturan undang-undang yang sedia ada. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan